Phuisan's Life

A blog which will drive your worries, sadness and stress away. Have fun reading. This is the best way for me to update you with my life!

Wednesday 15 July 2009

Nasi Lemak Tak Mau Timun tak ada Sambal!

Kali terakhir saya makan nasi lemak ialah pada 10 April 2009 apabila saya terbang dari kuala lumpur ke London. MAS telah serve nasi lemak sebagai sarapan pada hari tersebut. Sarapan itu sangat sedap dan telah meninggalkan banyak kenangan manis bagi saya kerana tidak tahu kena tunggu berapa lama lagi untuk makan hidangan ini.

Tetapi nasi lemak yang kami masak adalah lebih sedap kerana dimasak oleh enam orang Malaysia. Tapi dalam nasi lemak ini, yang kekurangan ialah timun dan sambal. Tetapi ada telur dan ikan bilis dan yang paling important ialah kari ayam. Sangat seronok apabila kita masak bersama sama. Terlalu sedap sehingga tidak ada kata yang boleh dicakap. Saya ingat ini ialah nasi lemak yang paling sedap di Sheffield. Saya consider untuk buka gerai di tepi jalan di jalan charlotte atau di jalan ecclesall dan menjual nasi lemak. Saya pasti saya akan untung banyak.

Kacang Ikan Bilis dan potatoes

santan nasi
kari ayam
tadaaa....
nasi lemak buatan cheechin jinhoh yiting phuisan leajoo weiwei

Sayang

phuisan


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home